Thursday, February 16, 2017

7 STEP SIMPLE UNTUK BUBUR BAYI YANG SEDAP

Assalamualaikum and good day to all

Hari ni plan buat apa? Nina tak ada apa, nak gi branch Shaklee je setelkan order customer dan packing lepas tu pos.
Sebenarnya boleh Shaklee post kan, tapi saja boleh selit love notes sikit­čśü

Okay, pagi ni semua dah masak untuk anak? Lagi-lagi yang ada anak kecil kan, yang belum setahun, baru intro solid, kena la buat menu asing. Nina nak share resepi untuk anak pulak kali ni. Nanti lain kali resepi untuk Mak Anak­čść

Senang je, resepi ni sebenarnya ambil dari Ig Dr Zahilah Filzah, Pakar Kanak-Kanak, tapi Nina ubah sikit-sikit ikut apa yang ada kat rumah. Bahan-bahan nya macam dalam gambar ni,
 

Wajib untuk resepi ni:
Leek dan unsalted butter

Yang lain optional, sayur boleh tukar-tukar, nak tambah kacang yang hijau tu yang macam dalam nasi goreng Cina sedap jugak, atau nak tukar ayam dengan ikan. Yang dalam gambar tu Nina guna ikan tenggiri, isi ikan.

 
Yang ni tukar tenggiri dengan salmon, carrot tukar brokoli.

Hehe. So mommies boleh tukar-tukar.

Cara buat:
1)Masukkan unsalted butter dalam periuk
2)Sauteed Leek sampai agak layu dan kekuningan
3)Masukkan beras segenggem
4)Masukkan air 1L 
5)Masukkan brokoli atau apa saja sayur pilihan
6)Masukkan ikan atau ayam atau daging
7)Renehkan sehingga beras lembut ikut kesukaan kita untuk dapat kepekatan yang macam mana

Siap!!


Senang je kan? Anak suka!

Masa Maryam tak boleh makan macam ni, Nina blend semua ni lepas masak. Boleh simpan dalam freezer macam biasa.
 
Kalau Maryam selesema atau demam, Nina akan masukkan 1 sachet Nutriferon dalam makanan dia untuk boost immune system dia.

Tak risau, sebab natural ingredient­čśë

Selamat mencuba mommies!

Boleh pelbagaikan lagi ikut kreativiti masing-masing.

Sincerely,
Nina Salleh

No comments: