Friday, November 25, 2011

Ada apa dengan 11/11/11?


Assalamualaikum and barakah Friday everyone.:)

Hari ni masuk ofis dalam keadaan mengantuk,sekarang ni masih mengantuk.Ni nak post entry ni sebab mengantuk la.Blogging hilang sikit mengantuk.Or should I change the title to 'Mengantuk'?Hehe.Sabao sabao,ada benda nak cerita ni.

Sorry la kita baru rajin nak tulis entry pasal tarikh lawa yang datangnya 1000 tahun sekali kan,yang dihebohkan semua orang,ye la,memang tak dinafikan lawa tarikh tu.Memang sesuai sangat nak buat sesuatu yang meaningful on that date.But for me,the date is not what matter, it is the journey that matter.
Kita tahu kan kebahagiaan tu bukan lah datang bergolek,kita yang kena cari along the journey called life.

Apa ada dengan 11/11/11?Yang jatuh pada hari Jumaat,you took that special date or the barakah Friday to make your day?Ada khatamkan surah al-Kahfi lepas solat Subuh?Ada solat sunat Dhuha?Bagi yang lelaki,ada solat Jumaat? A reminder for me and for us.
And I do proud of you sayang,instead of having lunch together as planned earlier,he chose to go to masjid 30 minutes early, afraid that he will be late for Solat Jumaat.At first of course la frustrated,sebab kononnya kita nak ingat la 11/11/11 tu kita lunch bersama sepanjang kerja ni tak pernah lunch bersama.But then,bila fikir balik, I am the luckiest person on earth (well,anyone deserves to say he/she is the luckiest on earth)to have someone that make ALLAH his priority. 

Semoga kasih sayang kita akan menguatkan kasih dan cinta kita pada-NYA.
Hold my hand,don't let me go astray.InsyaALLAH,kebahagiaan milik kita.:)




video
Tuhan berikan pedoman,tunjukkan aku jalan,arah hidup yang KAU redhai.:)

Thursday, November 10, 2011

Tak akan muncul pelangi tanpa hujan.:)

Assalamualaikum and good day to all.:)

Alhamdulillah, memasuki bulan Zulhijjah,bulan umat Islam mengerjakan ibadah Haji, bulan di mana paling ramai manusia berkumpul di satu tempat pada satu-satu masa iaitu sewaktu wuquf di Padang Arafah.Bagi yang berpuasa, Alhamdulillah semoga beroleh barakah dan semoga permintaan dan doa kita semua dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar.Ameen..
Alhamdulillah,kita masih dikurniakan peluang untuk masih merasa pahitnya ujian dunia,manisnya pertemuan,getirnya terkadang menempuh cubaan dari-NYA dalam masa yang sama,semua itu untuk mengekalkan kita pada berpegang teguh yakin hanya pada-NYA.Jangan pernah berputus asa dengan rahmat-NYA.
Untuk memberi kita peluang,memohon pada yang Esa, balik ke pangkuan-NYA jika tersasar dari jalan.
Alhamdulillah untuk semua itu..

Bagi aku, bersyukur tidak terhingga kerana aku diuji untuk merasa manisnya dan nikmatnya perjalanan ujian itu.
Mana mungkin ada pelangi tanpa hujan mendahului.:)
Hidup ini ialah ujian, jangan mengeluh,jangan menyesal dengan apa yang berlaku,jangan menyesal dengan jalan yang dipilih,tetapi berwaspadalah sebelum memilih jalan itu.
Jalan terbentang luas,untuk kita teliti,untuk kita pilih.Ia terletak di tangan kita.Setelah apa yang kita pilih tidak menepati jangkaan kita,di saat itu,di ketika itu,jangan sesekali kita menyesal kerana terselit hikmah di sebaliknya.
Percaya pada janji-NYA,sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan.
Apa pun yang terjadi di tengah perjalanan itu, carilah kebahagiaan kerana kebahagiaan tidak datang dengan bergolek.Ciptalah memori yang suatu masa nanti pasti akan kita rindui..

Berusaha,berdoa dan tawakkal, kemanisannya akan dirasai nanti,just a matter of time.Percayalah.:)