Saturday, December 4, 2010

Kisah aku dan Ayam Penyet

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Al-kisahnya la,semalam kan hari Jumaat malam,aku rasa nak dinner ayam penyet kat KLCC tu.Memandangkan boleh pergi jalan kaki je,and parking pun tak perlu bayar,hehe,sebab aku stay kat hotel sebelah tu,lepas solat Isyak aku decide untuk makan ayam penyet.Lantas menyatakan hasrat hati kepada Mr.H,he said okay.Aku dengan Ma and adik-adik aku pergi dulu dekat KLCC,tunggu beliau di sana.
Ma and adik-adik aku beli dah,mereka makan sizzling,aku pula dah jemu dah,sebab dulu dah selalu makan.Memang jenis aku,bila dah jemu tu memang tak boleh la.Sesuap dua tu boleh lagi.Tapi ada juga makanan yang aku harap aku takkan jemu,sushi dan ikan keli.HEHE.
Ma aku dah cakap dah,beli la dulu,sebab Mr.H tu dari jauh,jauh juga la.Aku cakap taknak,nak tunggu juga,ala-ala romantik gitu kan.HAHA.
Jam 9.30 malam lebih kurang,Mr.H sampai,pergi la terus ke kedai Ayam Penyet tanpa buang masa.Al sedihnya hati aku kecewa tidak terkata,cashier cakap dah tutup okay.TUTUP.Aku pun apa lagi,memang tak ada rasa nak makan apa sebab dari tadi set dalam kepala nak makan tu.Macam-macam Mr.H tawarkan.Tawaran istimewa la juga.KFC?McD?Tiramisu?Burger King?Autie Anne's?Semua aku geleng dan aku terus mendiamkan diri.Saat itu, detik itu,aku terus berubah mood,biasa la,aku memang swing selalu.Kesian,sabar je la Mr.H aku melayan:).
I love you,sayang.Walaupun buat perangai semalam:P

Lepas tu,aku balik ke bilik,perut lapar ni,minum je la air mineral yang tersedia.Nak order nasi kang kitchen tutup dah masa tu.Padahal nya aku dah makan dah,sebab penginapan kali ini agak special la.Alhamdulillah,Abah minta bilik club lounge.Ada breakfast,lunch and evening cocktail.Biasanya ada breakfast je kan?Kan?Tapi tak tahu la kot-kot memang tempat kamu semua ada semua tu.HEHE.
Aku ni dah makan dah masa evening cocktail tu,pukul 5petang sampai 7petang buka.Tapi nya,kata orang Asia truly Malaysia,nasi makanan ruji.Ahhhh,tidaaaakkk,kecewa bila kat sana yang ada hanyalah kek-kek yang comel dan ayam serta daging.Nasi manaaaaa???Tak bolehhh,aku nak nasii..
Last last tidur dengaan perut yang menyanyi indah.Zzzzzz...

Pagi nya,hari ini,aku membodek Ma,ajak makan kat Ayam Penyet,makanya tercapai juga hasrat semalamku untuk makan Ayam Penyet.Dan Ayam Penyet pilihanku ialah Lele balado,selalu aku pilih ni.Hehe.Lele tu ikan keli.My forever favourite la wa cakap luuu.Keke.

Itu je kisah aku dan ayam penyet,lepas tu layan movie Rapunzel 3D,layan juga.Aku nak tengok The Social Network,tapi adik-adik aku yang kecil lagi tu belum cukup umur.Rapunzel pun layan jugaaa:)
Sekiaaannnn.

3 comments:

BelleSley said...

kawee..wehi...aye..penyet..ugop!!

BelleSley said...

kawee..wehi...aye..penyet..ugop!!

ninasalleh said...

hoo,kawe tau..mugi hari tu beratur nga demo keii.hahaha