Monday, November 15, 2010

Tolong Ingatkan Aku..

Pabila aku lemah..
Ingatkan aku hanya DIA yang mampu beriku kekuatan.

Pabila aku keresahan..
Ingatkan aku hanya dengan mengingati-NYA hati akan menjadi tenang.

Pabila aku kecewa..
Ingatkan aku tentunya ada yang lebih baik menanti di hadapan.

Pabila aku gagal mendapatkan apa yang aku mahu..
Ingatkan aku tidak semua yang aku mahu adalah terbaik untukku.

Pabila aku dilanda kesusahan..
Ingatkan aku setiap kesusahan akan diakhiri dengan kesenangan.

Pabila aku di atas..
Ingatkan aku untuk tidak melupakan yang di bawahku.

Pabila aku sakit..
Ingatkan aku sakit itu untuk menguji tahap kesabaran.

Pabila aku leka dan alpa..
Ingatkan aku hidup ini sementara,yang kekal akhirat sana.

Pabila aku buntu pertolongan..
Ingatkan aku supaya memohon pada-NYA yang sentiasa ada untuk kita.

Tolong ingatkan aku untuk sentiasa mengingat-NYA..

2 comments:

alexa yussida said...

sayang!!selamat hari raya...dalam apa jua keadaan skalipon sntiasalah ingat Allah

ninasalleh said...

thanks sayang.selamat hari raya juga.
much love!